OFFICIAL WEBSITE IN DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE FEDERAL TERRITORY OF PUTRAJAYA

30 Jun 2026 | Putrajaya Control Centre (PCC), Perbadanan Putrajaya

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan lawatan penanda aras ke Putrajaya Control Centre (PCC), Perbadanan Putrajaya pada pagi ini bermula jam 9.30 pagi. Lawatan yang diketuai oleh Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Putrajaya ini turut disertai oleh wakil Bahagian Korporat, JPS Malaysia serta Pusat Ramalan & Amaran Banjir Negara (PRABN).

Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan mengenai pengoperasian pusat kawalan bandar pintar yang mengintegrasikan pelbagai sistem pemantauan secara masa nyata, di samping berkongsi amalan terbaik dalam penggunaan teknologi digital, analisis data dan dashboard bersepadu bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh transformasi digital serta meningkatkan kecekapan sistem pemantauan dan pengurusan operasi di JPS.

#JPSMalaysia #JPSWPPutrajaya #PerbadananPutrajaya #PutrajayaCommandCentre #SmartCity #TransformasiDigital #WorkTracking #PenandaAras