Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPS WPPj) mula beroperasi pada 1 September 2007, yang beralamat di No.3A-A , Lot PT. 1281, Jalan P9B ½ Presint 9. Sekitar tahun 1 Julai 2016, Pejabat JPS WPPj berpindah ke Aras 10 , Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 di bawah Kementerian Sumber Asli. Pada tahun 2021, di bawah pentadbiran Kementerian yang baru iaitu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) selagi lagi JPS WPPj berpindah ke alamat yang terkini dan sehingga hari ini di alamat Aras 1, Blok F11, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1. Kini, JPS WPPj berpayung di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Struktur Organisasi:
JPS WPPj mempunyai 10 perjawatan yang diketuai oleh Pengarah Pengairan dan Saliran (J44), 1 orang golongan Profesional (J41).
Selain itu, terdapat 1 orang Penolong Jurutera Kanan (JA38), 2 orang Penolong Jurutera Kanan (JA36), 3 orang Penolong Jurutera (JA29), 1 orang Pembantu Tadbir (N19) dan 1 orang Pembantu Am Pejabat (N11).
Konteks Sejarah:Di awal penubuhan, JPS WP Putrajaya telah diletakkan di bawah pentadbiran JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana semua urusan perbelanjaan mengurus dan pembangunan, pentadbiran serta urusan adalah melalui JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selepas permohonan penstrukturan semula JPS Fasa 1 diluluskan pada tahun 2009, JPS WP Putrajaya telah dipisahkan pentadbirannya daripada JPS WP Kuala Lumpur dan diletakan terus di bawah Ketua Pengarah JPS Malaysia dan berfungsi sebagai sebuah Pejabat Pengairan Negeri.
Waran perjawatan masih lagi dikekalkan dengan Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri gred J44 sehingga kini.
Peranan Operasi:
JPS WP Putrajaya juga merupakan Jabatan Pelaksana yang sama dengan pejabat-pejabat JPS negeri yang lain dan menjalankan kerja-kerja pelaksanaan projek serta operasi dan penyenggaraan di kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sepanjang penubuhan JPS WPPj, berikut adalah Pengarah yang menerajui JPS WPPj :-