JPS Wilayah Persekutuan Putrajaya bertanggungjawab dalam tadbir urus kebersihan dan pemuliharaan saliran Anak Sungai Gajah di Presint 9, Presint 11 dan Sungai Limau Manis Presint 19 daripada risiko banjir dengan mewujudkan sistem saliran yang berkualiti.
Tidak, JPS Wilayah Persekutuan Putrajaya hanya mentadbir urus di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja. Jabatan Pengairan Saliran Malaysia adalah Ibu Pejabat JPS dan boleh dihubungi dengan melayari laman web http://www.water.gov.my
Pemotongan rumput dan pembersihan tebing;
Kerja-kerja menstabilkan tebing sungai;
Penyelenggaraan aset tak alih.
Sebarang aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di capaian https://water.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Masalah berkaitan bekalan air paip adalah di uruskan oleh pihak berkuasa bekalan air di Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Aduan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Perbadanan Putrajaya. Seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan pindaan 193 (Akta A867) menyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membina dan menyelenggara parit dan alur air.
Aduan mengenai pencemaran sungai boleh dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pihak JPS bertanggungjawab membuat penyelenggaraan ke atas sungai-sungai secara berkala.
Penyelenggaraan On Site Detention dan Kolam Takungan adalah dibawah PBT iaitu Perbadanan Putrajaya.
Penasihat teknikal bagi projek pembangunan di Wilayah Persekutuan Putrajaya terutamanya bagi pembangunan yang melibatkan saliran dan sungai dan memastikan mengikut Garis Panduan JPS Malaysia.
Maklumat dan pemantauan amaran hujan serta aras air semasa boleh diperolehi melalui capaian http://publicinfobanjir.water.gov.my
Pemotongan rumput dan pembersihan tebing;
Kerja-kerja menstabilkan tebing sungai;
Penyelenggaraan aset tak alih.
Sistem Telemetri : Data dicerap dan dihantar secara data nyata serta atas talian. Data-data ini digunakan untuk membuat pemantauan, ramalan amaran banjir dan juga disimpan di pengkalan data sektor awam.
Lebar rezab sungai yang diperlukan oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) semasa sesuatu permohonan sesebuah lot dikemukakan adalah bergantung kepada lebar sungai sediada.
Permohonan boleh dikemukakan secara bersurat atau emel kepada Ibu Pejabat JPS terlebih dahulu melalui Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50626, Kuala Lumpur atau emel kepada uruspsm@water.gov.my
Bagi syarikat-syarikat yang berminat memasuki tender/sebutharga kerja JPS hendaklah memastikan telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / CIDB dan memperoleh sijil Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkenaan serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekiranya berkenaan. Syarikat juga hendaklah memastikan sijil-sijil pendaftaran berkenaan masih berkuatkuasa.
Di antara pengkhususan yang lazim diperlukan di dalam kerja perparitan dan saliran ialah CE21, CE06 dan CE40. Pihak syarikat boleh menyemak ikn sebutharga di laman web https://kontrak.water.gov.my atau iklan tender di laman web MyProcurement - https://myprocurement.treasury.gov.my/