JPS WPPj menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, reka bentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, pemuliharaan sungai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami adalah berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, JPS WPPj akan:
Memberi respon terhadap sebarang aduan awam menerusi sistem SISPAA berkenaan dengan masalah banjir, sungai dan saliran bandar dalam masa dua (2) hari bekerja.
Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).
Membekal data dan maklumat hidrologi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
Memberi khidmat nasihat/ulasan teknikal/maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.