Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah berdaftar dengan SSM dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Taraf Bumiputra (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK.
Dokumen sebut harga hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang membawa Sijil Pendaftaran ASAL (PPK dan SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB.
Kontraktor yang ingin memasuki sebut harga di atas adalah dikehendaki mengeluarkan Wang Pos/Wang Kiriman Pos/ Deraf Bank berharga RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ringgit Sahaja) yang dibuat atas nama Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sebagai bayaran dokumen sebut harga.
Segala maklumat dan dokumen sebut harga boleh didapati semasa waktu pejabat di Unit Tender, Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak, Aras Bawah Blok A, Ibu Pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor .
Taklimat sebut harga adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor yang menghadiri taklimat dibenarkan mengambil dokumen sebut harga. Kontraktor hendaklah melaporkan diri di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Aras 1, Blok F11, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya.
Hanya penama syarikat di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)/Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja boleh menghadiri taklimat sebut harga.
Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Aras 1, Blok F11, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada hari tersebut.
Muat Turun
Tarikh Iklan | Nombor Perolehan | Tajuk Perolehan | Jenis Perolehan | Tarikh Jual | Tarikh Tutup | Gred CIDB | Lawatan Tapak | Iklan |
---|