LAMAN WEB RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPS WPPj).


JPS WPPj adalah salah satu agensi teknikal yang berperanan dalam melaksanakan kegiatan pembangunan serta pemuliharaan sistem saliran di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya. Adalah menjadi matlamat JPS WPPj untuk memastikan agar organisasi ini berjalan dengan cekap dan berkesan demi untuk mencapai visi, misi dan objektif jabatan.


Laman web ini menjadi saluran alternatif kepada pegawai JPS, orang awam dan kontraktor untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan maklumbalas mengenai perkhidmatan JPS WPPj. Kami berasa komited dalam memberikan input dan maklumat asas berkaitan agar peranan JPS WPPj dapat difahami dan memberi impak positif kepada orang awam serta para stakeholders. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:-

  • Melaksanakan program pemulihan dan pemeliharaan sungai termasuk penyelesaian masalah hakisan tebing sungai serta memulih dan menambah baik keadaan sungai;

  • Mengendali dan menyenggara stesen-stesen hidrologi bagi memastikan pengutipan data hidrologi jangka panjang dapat dibuat untuk tujuan ramalan dan amaran banjir.

Dalam mengoptimalkan pembangunan digital ke arah yang lebih baik, menjadi hasrat JPS WPPj dalam memastikan semua aspek pengurusan dan pentadbiran dipertingkatkan melalui pembudayaan dan penggunaan ICT. Menjadi satu kemestian bagi warga kerja di Jabatan ini untuk melengkapkan diri dan memperkemaskan serta melonjakkan sistem penyampaian kerajaan dengan lebih cekap dan berkesan.

Sebagai langkah awal menuju ke arah kerajaan elektronik, saya berharap melalui penggunaan perkhidmatan ini, JPS WPPj dapat bersama menyumbang ke arah mewujudkan penyaluran maklumat yang diperlukan oleh pelanggan dan masyarakat awam umumnya selaras dengan kemajuan negara yang semakin pesat membangun. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan membina daripada pihak anda semua dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam laman ini.

Wassalam.

Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Putrajaya