LAMAN WEB RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Pada 21 Julai 2026 (Selasa) telah berlangsung satu Kursus Asas Pengurusan Sistem Telemetri Dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan JPS WP Putrajaya bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya anjuran Unit Hidrologi dan HDL Solutions Sdn Bhd. Kursus tahunan yang disertai oleh semua pegawai JPS WP Putrajaya ini bertujuan untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan fungsi dan operasi stesen hujan, mengenal pasti semua komponen utama sistem, melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala dan amalan prosedur keselamatan semasa bekerja di lapangan.